Asas Forex

Print
Category: Forex Published on Saturday, 13 December 2014 Written by Azman Ibrahim

Sebenarnya terdapat banyak lagi istilah-istilah forex, tapi di sini kami ceritakan yang asas dahulu, basic sebelum anda belajar forex atau baru menceburi bidang forex trading, agar anda dapat faham bahasa-bahasa forex yang banyak istilah dan singkatannya.

  • Apakah maksud Ask Price (offer) - harga di mana pelanggan atau trader boleh ‘BUY’ pada currency pair tertentu dan harga tersebut juga adalah harga broker forex boleh jual.
  • Apakah maksud Base Currency - matawang pertama di dalam sesebuah pair. Contohnya dalam EUR/USD, EUR adalah base currency.
  • Apakah maksud Bear Market  - definisi pada waktu tertentu yang mana harga sedang jatuh
  • Apakah maksud Bull Market - definisi pada waktu tertentu yang mana harga sedang naik
  • Apakah maksud Bid Price - harga di mana trader boleh ‘SELL’ pada currency pair tertentu dan broker boleh beli.
  • Apakah maksud Conversion Rate - kadar harga sesuatu matawang yang akan ditukar kepada matawang lain.
  • Apakah maksud Currency Pair - dua matawang diletakkan secara berpasangan dan menunjukkan nilai matawang kedua berdasarkan matawang pertama. Contohnya EUR/USD pada harga 1.2510 bermaksud 1 Euro bersamaan USD 1.2510
  • Apakah maksud EA (expert advisor) - software di mana digunakan bersama MT4 platform yang akan menjalankan trading secara automatik berdasarkan script yang telah diprogramkan. Dengan menggunakan EA, hanya perlukan sedikit trading manual atau mungkin tidak perlukan langsung.
  • Apakah maksud Leverage - leverage membolehkan trader forex meningkatkan keupayaan trading dan menggunakan volume trading yang besar untuk trading. Contohnya dengan leverage 1:100 dan trader deposit USD100, ini bermakna kekuatan modal tersebut meningkat seolah-olah trader trade dengan modal USD10,000.
  • Apakah maksud Lot - jumlah unit volume trading. 1 lot bersamaan 100,000 units.
  • Apakah maksud Margin - nilai yang diperlukan untuk membuka posisi tertentu.
  • Apakah maksud Pip - jumlah pergerakan pada harga pair tertentu. Contoh, jika EUR/USD bergerak dari 1.5000 ke 1.5500, ini bermakna harga telah bergerak 500 pip.
  • Apakah maksud Swap/Roll Over - swap adalah cas yang dikenakan oleh broker forex jika posisi trading dibuka dan dibiarkan melepasi hari trading lain . Untuk mengelakkan dikenakan cas swap, anda boleh request Islamik Akaun Forex yang tidak dikenakan cas swap (Swap Free)
  • Apakah maksud Scalping - gelaran/terma yang digunakan jika trader membuka dan tutup posisi trading pada kadar yang pendek seperti kurang 5 minit.
  • Apakah maksud Spread - selisih antara harga jual (bids) dan nilai beli (ask)
  • Apakah maksud Swing - gelaran/terma yang digunakan jika trader membiarkan posisi trading lama terbuka sehingga 2-3 hari lebih kurang.
  • Apakah maksud STP (straight through processing) - bermaksud system yang proses trading automatik terus ke Liquidity Provider tanpa melibatkan proses penglibatan manual dealing desk. Broker yang menggunakan proses STP adalah broker yang bagus.
Hits: 3628