EA & VPS (Virtual Private Server)

Apa itu Vitual Private Server (VPS) - diterangkan secara ringkas mengenai VPS ini. Virtual Private Server atau lebih dikenali dengan VPS adalah komputer yang berada di server dan boleh disewa secara bulanan atau tahunan. Apa kaitan dengan forex trading?

 

Salah satu alternatif urusan jual beli forex ini adalah dengan menggunakan Robot atau Expert Advisor (EA). Terdapat bermacam-macam jenis Robot/EA yang dijual atau yang diberi percuma di internet untuk digunakan pada terminal MT4. Aktiviti Robot/EA ini perlu dijalankan 24 jam dan 5 hari waktu market dibuka iaitu Isnin hingga Jumaat.

Robot/EA boleh dipasang (run) di komputer rumah atau pejabat tetapi pelbagai masalah utama yang akan timbul seperti:

  • Masalah line internet  yang tidak stabil, putus-putus atau perlahan - ini akan menyebabkan operasi Robot/EA terganggu dan requote boleh berlaku.
  • Masalah PC/Laptop yang tak tahan nak buka 24 jam selama 5 hari.
  • Masalah elektrik tidak stabil dimana jika ada gangguan elektrik di kawasan rumah/pejabat, terminal akan ditutup malahan komputer anda sendiri akan terpadam.
  • Pelbagai gangguan pada sistem seperti virus atau spyware yang mengganggu operasi komputer anda. Untuk mengelakkan masalah utama di atas, penggunaan VPS adalah salah satu jalan penyelesaian yang paling baik. Menyewa dan memasang Robot/EA di terminal di VPS yang disewa masalah di atas dapat diatasi. Secara amnya jika menggunakan Robot/EA, anda amat digalakkan menggunakan VPS untuk mendapat keuntungan yang optima.